Siri Webinar EA: Rangka Kerja EA dan Bahasa Notasi

Pasukan business dan teknologi seringkali tidak berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan rangka kerja, bahasa dan pemahaman yang sama, dan ia merupakan satu cabaran bagi organisasi dalam menjayakan transformasi digital. Bagaimana dua unit teras ini harus berkomunikasi dan memahami keperluan satu sama lain, seterusnya memastikan objektif organisasi untuk menjadi lebih berdaya saing dapat dicapai?

Rangka kerja Enterprise Architecture (EA) adalah prinsip dan amalan yang digunapakai oleh pelbagai organisasi di seluruh dunia dalam memastikan penjajaran secara berterusan antara pasukan business dan teknologi. Ia juga untuk memastikan kedua-dua pasukan ini mengikut standard yang sama dalam memahami gambaran keseluruhan organisasi tersebut dalam mengenalpasti peluang-peluang baru yang boleh dimanfaat serta mengesan kelemahan yang wujud di dalam organisasi tersebut.

Sesi webinar ini akan membentangkan dan membincangkan mengapa sesebuah organisasi memerlukan gambaran landskap business dan IT semasa yang mudah difahami dan lebih terperinci. Webinar ini juga akan membincangkan bagaimana organisasi boleh memanfaatkan rangka kerja EA dan repositori digital yang betul bersama bahasa notasi yang bersesuaian untuk melambangkan sesebuah organisasi yang tangkas (agile) dan bagaimana ia dapat membantu mengesan kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam menyampaikan nilai dan kupayaan business.

Antara perkara utama yang akan dibincangkan didalam webinar ini ialah:

  • -Pemahaman yang lebih baik berkenaan rangka kerja EA dalam menjayakan transformasi digital
  • -Kepentingan repository digital dalam pelaksanaan transformasi digital
  • -Kepentingan bahasa notasi seperti ArchiMate dalam memastikan keseragaman dah pemahaman struktur organisasi serta komponen-komponen yang membentuk organisasi tersebut

Butiran Webinar

  • -Tarikh: 17 Ogos 2021 (Selasa)
  • -Masa: 9:00 – 10:30 pagi
  • -Speaker: Ahmad Rizal Zam, Digital Transformation Officer, ATD Solution


You might also be interested in...