Siri Webinar EA: Mentransformasi Pengalaman Rakyat Melalui Customer Journey Map (CJM)

Muat Turun Slaid

Pelancaran MyDigital melambangkan hasrat dan aspirasi Kerajaan Malaysia terhadap pendigitalan (digitally-enabled dan technology-driven), mencapai status negara berpendapatan tinggi dan sebagai pemimpin serantau dalam ekonomi digital.

Melalui Customer Journey Map (CJM), pengalaman rakyat semasa mendapatkan perkhidmatan kerajaan dapat dimodelkan dengan pendokumentasian pengalaman dan keterlibatan mereka dengan agensi sektor awam.

Antara ciri pendekatan Customer Journey Mapping adalah:

  • -Wujudkan sebuah proses mengesan dan menggambarkan semua pengalaman yang dimiliki oleh Rakyat semasa mendapatkan perkhidmatan kerajaan
  • -Ambilkira bukan sahaja situasi dan pengalaman mereka, malah respon dan pain-point yang dihadapi
  • -Rancang penambahbaikan terhadap beberapa aspek seperti proses business yang lebih teratur dan lancar, digitalisasi, dan penjajaran yang lebih baik antara business dan teknologi.

Butiran Webinar

  • -Tarikh: 27 Julai 2020 (Selasa)
  • -Masa: 9:00 – 10:30 pagi
  • -Speaker: Ahmad Rizal Zam, Digital Transformation Officer, ATD Solution

Webinar ini akan membentangkan dan membincangkan konsep Customer Journey Map dan bagaimana pendekatan ini dapat menambahbaik dan mengubah pengalaman rakyat sebagai pelanggan kepada perkhidmatan yang disediakan oleh Kerajaan.


You might also be interested in...