Siri Webinar EA: Menguasai Business Architecture untuk Transformasi Digital

Business (dalam konteks perkhidmatan teras agensi sektor awan) merupakan sebahagian daripada rantaian nilai bersepadu (integrated value chain) dan setiap unit business memainkan peranan penting dalam transformasi digital. Pelbagai inisiatif pendigitalan telah dirancang dan dilaksanakan melalui reka bentuk semula penyampaian perkhidmatan bagi memenuhi permintaan pelanggan yang kian sofistikated dan realisasi transformasi digital agensi.  Agensi sektor awam perlu memastikan bagaimana unit business saling kendali dalam ekosistem penyampaian perkhidmatan melalui pengaplikasian Business Architecture dan peningkatan keupayaan pendigitalan. Business Architecture mendedahkan bagaimana organisasi distrukturkan dan menjelaskan bagaimana elemen seperti keupayaan, proses, unit organisasi dan maklumat business saling berkaitan. Webinar ini akan menerangkan aspek utama business architecture dan penguasaan dalam keupayaan business, reka bentuk semula perkhidmatan, analisis business serta peningkatan kemahiran business architecture bagi transformasi digital. 

Kunci utama dalam webinar:

    • -Memahami bagaimana mengenal pasti persekitaran business semasa, membincangkan ekosistem business sasaran, dan menangani cabaran enterprise melalui business architecture 
    • -Memahami kemahiran untuk pembangunan model business architecture dalam konteks strategi pendigitalan untuk pembolehdaya inovasi dan menghasilkan keupayaan business baru. 

Butiran Webinar

  • -Tarikh: 23 November 2021 (Selasa)
  • -Masa: 3:00 – 4:30 petang
  • -Speaker: Hasan Ganny, Digital Transformation Officer, ATD Solution

Daftar



You might also be interested in...